Yes! yes! korang sangat... ada ke tak orang yang singgah blog ni? feeling confused..
please leave a comment okey bukti ada yang sedang membaca...
burok beno perangai ko Atie.... hahaha
Haah nak share resepi lauk yang simple dimple untuk orang yang bekerja dan pada aku memang la sedap tak tahu lah kat tekak korang sedap ke tak kan... sebab aku ni tolak batu and kayu je. 2, 3 hari ni macam xberapa nak sihat.. nasib malam kelmarin En Hazli beli kan air badak and telan 2 biji panadol terus selamat.. So semalam balik kerja amik my bb boo Firas kat rmh mak lepak-lepak jap pas tu balik rumah.
Bila tanya En Hazli nak makan apa.... jawapan for sure apa-apa jelah. Tapi semalam dia request juga if larat badan tu ada ikan dalam peti ais tu suruh renjis kicap jer. haahh... mesti korang tak pernah dengar kan lauk tu.... resepi ni baru aku belajar saatakubersamanya.... hah gituuuuu...heheh
lawan nye dengan resepi ibunda aku timun masak air... hah gituuuuuu dia pulak tak pernah dengar nama lauk tu.heheheeh.....
cekidaut resepinye....
RESEPI IKAN RENJIS KICAP
IKAN KERISI / KEMBONG / CENCARU
GARAM/KUNYIT SERBUK (UNTUK MENGGORENG)
1 BIJI LADA HIJAU
1 LABU BAWANG BESAR
KICAP LEMAK MANIS
CARA-CARANYA
1. IKAN tu korang letakkan garam dan kunyit pas tu goreng garing-garing.
2. Lada hijau dan bawang tu korang mayang atau cincang letakkan dalam pinggan.
3. Lepas ikan tu goreng garing-garing masukkan ikan tu ke dalam pinggan yang korang letak lada hijau dan bawang tadi.
4. Baki minyak yang ada dalam kuali tadi korang masukkan sekali dalam pinggan tadi bersama ikan, lada hijau dan bawang tadi.
5. Last sekali klimaksnye resepi ini kicap tadi korang renjiskan je kedalam pinggan tu.
Taaaadaaaaaaaa...............
Siap sudah.... simple sangat kan... bak kata mak aku tutup mata pon boleh masak.
macam ni la rupanya sebelum direnjis. |
wajah selepas direnjis. |
Korang terus makan dengan nasi panas-panas confirm heaven.
RESEPI TIMUN MASAK AIR
1 BIJI TIMUN (WAJIB)
1 BIJI LADA MERAH
1 LABU BAWANG BESAR
1 BIJI BAWANG PUTIH
1 HELAI DAUN KUNYIT (WAJIB)
IKAN BILIS BUAT RENCAH
CARA-CARANYA
1. Timun tu korang potong cam gambar kat atas tu
2. Lada merah tu korang patah-patahkan jer.
3. Bawang merah dan bawang putih tu mayang - mayang.
4. Daun kunyit tu korang koyak-koyakkan.
5. Semua sekali bahan tadi masukkan dalam periuk dan isikan air dan masukkan garam dan ikan bilis.
6. Macam tu jer da siap pastu korang letak atas dapur bukak api dan didihkan. Mendidih jer terus boleh makan.
Mudah ke senang ker apa nak cerita pasal resepi ni? Resepi masak sambil tutup mata yang kedua..Pastu tumbuk sambal belacan memang la korang makan tiga empat kali tambah tak perasan tiba-tiba nasi dalam periuk dah abis jer nak tambah.. hahahaha... En Hazli makan pon tiga kali tambah. Oklah kan bagi amatur cam aku ni. #kipidap #dongibab
bukak api biarkan mendidih... |
masukkan dalam mangkuk. |
Akhirnya siap lah aku share kan resepi masak sambil tutup mata ini untuk tatapan semua. Selamat mencuba kawan-kawan.. :) Responnya pasti tidak mengecewakan.(confident jer)
Bubbye..
No comments:
Post a Comment