hyatt firas

hyatt firas

Sunday, 16 March 2014

Sirap bandung soda meletoppss

Salam semua...


Hehehehe..... belanja buih dulu. Musim-musim kemarau dan kering ni memang sedap minum air sirap bandung soda nih pas tu letak Atlas ise cube (air batu lettew). memang terbaikkk..
Macam mana boleh terlintas nak minum air bandung soda ni sebab dah lama sangat tak minum air bandung soda yang betul2 'kaw' n 'terangkat' gi rumah orang kawin pun if ada smuanya cair jer if order kat luar time makan pun rasanya amat mengecewakan. Last minum sirap bandung soda yang meletoppss aku rasa masa
Maulid di Masjid Sultan Ibrahim kat tanjung hari tu.. If kat Muar ni Majlis Sambutan Maulidurasul tak tinggal sirap bandung soda and rasanya memang 'kaw'. Kalau tak caya tahun depan boleh datang beramai-ramai ke Masjid Sultan Ibrahim  Muar ni untuk sama-sama meraikan sambutan Maulidurasul dan merasai sirap bandung soda itu. hihihi.. Jom tengok cara-cara bancuh air sirap bandung soda versi orang Muo...

Bahan-bahan


Hah ni AIR GULA.. camne nak wat air gula? amik gula pasir letak air panas pastu letak pewarna. Pewarna tu aku guna cap Double Lion. Pas tu pastikan kacau rata-rata sampai gula tu sebati.


Hah ni bahan yang kedua AIS KRIM SODA dari F&N. Tapi mak safi cakap if nak sedap pakai  air soda botol hitam. Soda botol hitam tu zaman dulu-dulu punya orang jer yang guna. Tapi aku pernah rasa juga bancuh sirap bandung pakai air soda botol hitam memang sedap sebab kurang gas nye. Tapi nak dapat sekarang susah air soda tu kat kedai-kedai runcit lama jer ada.


Bahan yang ketiga SUSU KRIMER SEJAT aka susu cair. Aku pakai Carnation sebab sedap macam lemak-lemak rasa dia. If buat puding pun aku mesti cari Carnation ni..Harga pon xbukak lagi.hihi

Jeng...jeng...jeng... cara-caranya. Nampak senang jer bahan dia tapi nak bancuh ni agak rumit sebenarnya if salah bancuh and cara alamat tak meletoppss la rasanya.. Amboi suspen jer bunyinya...nak bancuh air jer kot..merepek meraban la ko atie.

Pertama sekali masukkan air gula PENTING sekali pastikan air gula tu sejuk suhu bilik if panas nanti bila masuk kan susu, susu akan bergentil-gentil maksudnye berbiji-biji. Selepas itu memang masukkan susu cair lah.. Akhir sekali masukkan ais krim soda hah ni diantara part yang penting juga selain kena pastikan air gula tadi sejuk. Ianya adalah kacau sekacaunya sehingga sebati air gula , susu cair tadi dan ais krim soda tu. Kacau laju-laju and akan berbuih yang buih tu yang sedap. Pas tu korang masukkan la ais...hah apa lagi minum sampai tak ingat dunia. Resepi ni versi aku tak taulah if ada resepi lain yang lagi meletoppss. Try jangan xtry.. macam tak rumit jer, tapi bila korang try buat mesti korang rasa kerumitannya tu ekekekek..... :P


Bubbye..



No comments:

Post a Comment