hyatt firas

hyatt firas

Wednesday, 22 June 2016

Salam Ramadhan Kareem


Ramadhan Kareem

Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Ramadhan Kareem ini? Ya...pandai saja aku menyebut nya tapi maksudnya masih samar-samar dalam kepala ni. So aku google lah apakah maksud disebalik kata-kata ini. Ramadhan Kareem yang membawa maksud Ramadhan yang mulia lebih tepat lagi bulan Ramadhan yang mulia. 

Rupa-rupanya ungkapan ini sering diucapkan masyarakat Arab sebagai penghormatan atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keampunan. Jika seseorang mengucapkan 'Ramadhan Kareem' kepada saudaranya yang lain maka hendaknya saudaranya membalas dengan ucapan 'Allahu Akram' yang bermaksud Allah maha dermawan/pemurah. Begitulah sedikit sebanyak info yang aku dapat dari Mr Google. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Hari ini 17 Ramadhan 1437H sekejap jer rasa Ramadhan nak meninggalkan kita. Huarrgghhh!!!! Kejap kejap dan kejap sangat rasanya.. Mak tak sihat sejak 2 Ramadhan hari tu.Dua hari baru nampak dia sihat sikit. Rasa hati Allah jer yang tahu, tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya mak beransur pulih. Alhamdulillah. Mak tak de selera makan, gastrik teruk, diabetis tak stabil hanya mampu terbaring dan lemah sangat. Aku sedih sangat tengok mak nye keadaan. Semoga mak cepat-cepat sihat..

Salam Ramadhan Kareem sekali lagi buat semua. Mohon ampun dan maaf dari kami sekeluarga. Dan mohon doakan kesihatan mak ayah aku lebih baik dengan berkat bulan yang mulia ini. 

Semoga kita bersama-sama mengejar dan merebut segala kebaikan di bulan mulia ini. Belum tentu kita akan berjumpa Ramadhan akan datang. Semoga kita diberi kekuatan dalam menunaikan ibadah ini. Aamin.. 

Sekian titipan kali ini. Nanti aku update lagi yer... tapi tak tahu bila mungkin sekejap lagi sehari lagi seminggu sebulan atau setahun lagi.... heheeheh



Thursday, 12 May 2016

i'm back

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Amacam intro? mcm email office nya intro... heheheh. blog bersarang dan hampir berkubur tapi aku korek balik dan bersih-bersihkan sikit2 supaya nampak bertuan sikit. Apa jer yang aku sibukkan pun aku xtau tapi hari ni aku curi masa rehat aku yang 1 jam ni yang biasanya aku tido tapi hari ni tiba-tiba mood nak menulis datang. kalau orang lain menulis blog hari-hari atau seminggu sekali atau sebulan sekali aku pulak macam setahun 2 kali jer.. Kesibukkan apakah ini ?? Aku screenshot jer cam ni pas tu senang recall time tua nanti kalau ada umur boleh baca semula...


Januari 2016 - Firas tahun ni aku masukkan sekolah tadika bagi pendedahan awal sikit bukan nak dia belajar bersungguh-sungguh biar dia bergaul bermain kenal adab dunia. cewahhh.... 



Masa Firas tgk tv iklan Pizza Hut Delivery bersama tarikan slice pizza yang menampakkan cheese yang tertarik-tarik telah membuatkan Firas " ummi nak mkn pizza nak makan pizza" so bawalah dia ke sana rasa mkn pizza. Even aku tau dia xmkn pon saje jer..tapi abis dia belasahnya mushroom soup tu semangkuk. Makan la nakkk....





Short trip ke Krabi.... bersama family I yg cinonet and Kak Zek and Ida..... Citenya nk wat Ladies trip tapi yg berminat 3 ketul jer so aku angkut suami and anakku sekali. 



Februari - Anniversary Babah and Ummi la Firas... tapi babah and ummi jenis yang sempoi2 jer and biasa2 jer tak romantik sgt so tak de sambutan hanya ucapan penghargaan diiringi doa supaya kami kekal ke Jannah. Aamin... cewah.... Birthday babah juga February 16th so sambut simple2 beli 1 slice SR cake and bawa gi makan ikan bakar kat Parameswara Melaka.


Pergi warung kawan babah baru buka... yeayyyy!!! seronok Firas jumpe kwn2 dia. Korang boleh try makan kat sana Tabong Garage Station. Bertempat bersebelahan Sek Men Sains Muar. Makanan Timur dengan Barat dua2 sedappp!!!!


FIL & MIL pergi Umrah.... Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan pergi dan balik. Seronok tengok.. InsyaAllah aku doa aku pon di jemput sekeluarga ke sana.Aamin.. Hari tu tak dpt hantar dan jemput balik dari airport sbbnya pergi 1 kereta jer, Macam ada ura2 nak ke Vietnam tu.heehe


Mac - Yessss!!!! Movie time......Masa yang dinanti oleh hero ummi Muhammad Hyatt Firas Boboiboyyyyyyyy the movie. Excited sgt Firas malam tu sampai habis cerita dia tak tido. 


Ummi kena pergi kursus 3H2M kat Johor Bahru. Jomm kak zek kita ke JB kursus.... Malam gagah gi kilang bateri tempat popular makan2 n shopping2. so singgah la jg.  Mac juga aku terjebak ke Ho Chi Minh City Vietnam. kihkihkih... kali ni pergi bw orang 1 van dalam 12 orang.




Shopping laram tudung Naelofa huuuuuaaarrrggghhh....


Ragam-ragam masa nak check out.... peberet hotel Saigon Pink 2...


Mommies day out...  Nak tengok citer Munafik punya pasal xsempat2 mlm tu baru sempat tu pon last day tayang kat GSC aku rasa kita org pergi. Punya la super duper busy mommies kita org ni. Balik singgah Billionaire mamam dah kenyang balik lah kami dengan senang hati... yeayyy!!!

Abiss dah citer akak suku pertama tahun 2016. hehehehehe

Info jalan-jalan kat mana best dengan info makan-makan kat mana best. If larat ada lah kupasan cerita-cerita di atas di entri akan datang. If xlarat itulah kupasan yang mampu aku kupas. Segala persoalan dan pertanyaan akak di jawab dengan segera. cewahhhh.... heheh
Sekian.