Alhamdulillah bertemu lagi aku dengan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kegembiraan dan kesayuan hati bercampur baur menyambut kedatangan mu. Gembira kerana diberi keizinan merasa nikmat berpuasa dan harap-harap dapat menambahkan amalan di bulan yang mulia ini kerana pahalanya berlipatkali ganda juga berpeluang mengejar malam LailatuQadar. Kesayuan hati ini pula tentunya mengingatkan arwah atok n nenek yang telah pergi selama-lamanya. Allahuakbar.. rindunya aku pada mereka. Al Fatihah.
Aku mengharapkan Ramadhan kali ini kami sekeluarga diberikan kesihatan supaya dapat menunaikan ibadah puasa dan segala ibadah yang dituntut pada bulan ini. Amin.
No comments:
Post a Comment