Assalamualaikum.
Wahhh... da bulan sepuluh la, lagi dua bulan nak abis tahun 2015
and welcoming 2016 pulak.
and welcoming 2016 pulak.
Kejap betul lah and memang betul lah orang cakap pejam celik pejam celik jap jer ini bermakna aku semakin matang. cewah tak nak guna perkataan tua tapi guna pekataan matang :)
Blog aku ni terlalu kurang info hanya banyak catatan perjalanan hidup aku jer sebagai seorang mak mak mak dan isteri isteri isteri so agak boring juga ekk.. tapi InsyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa menjadi blog yang berinfo yang boleh di guna pakai dan dikongsikan bersama. Jangan dibandingkan olahan bahasa dan tatabahasa blog aku ni dengan yang lain kerana bagai langit dan bumi. hehehehe... Lebih kepada luahan cara lontaran bahasanya..hahahaha..
Sebenarnya nak share xtvt weekend lepas, bapa mertua kita kan ada amik upah masa orang kahwin. So kalau orang kawin confirmlah makan nasi minyak kan... Jemputan kali ni dalam 1200 orang so kami anak beranak jer yang bergotong royong merewang tolong ayah, selain dua orang tukang masak tetap yang ayah akan panggil if ada tempahan iaitu pacik Salleh and pakcik Man.
Sebelum proses masak memasak banyak kerja-kerja yang perlu disediakan so bahagian preparation tu mak mentua ngan anak menantu la yang merewang dari potong bawang kecik, besar, lada, kopek kentang, carrot, terung sayur - sayuran, daun-dau jangan ceritalah berjenis-jenis daun pudina la daun sup la daun bawang la... daun ketom jer xde. hihihihi...
Basuh bersih-bersih pastu potong laju-laju.. hehehe
Berbesen-besen bahan.
Wanita-wanitan ayu semua bahagian memotong yang ringan-ringan jer paling berat pon potong nenas untuk buat acar jer. Ayam 100 ekor ,daging lembu 100 kg tu tugas abang-abang sado yang hado basuh ngan siang-siang kasi bersih. Sebenarnya aku memang suka bab menyiang sayur ni or kopek bawang ni... so kasilah berapa kilo pon aku boleh wat cuma akak xmampu nak siang nenas jer dik...hehe tapi da ramai-ramai seronok juga.
Baju merah tu abang ipar ku sebelah dia yang nampak tudung je tu warna kelabu akak ipar ku akak hubby baju merah sebelah lagi tu en hubby yang berbaju putih tu pakcik man tukang masak dan yang duduk tu pulak my mak mentua la bersama anak sedara ai Khalil Irsyan anak along nombor 3. :) Semua tak nampak muka kecuali mak mentua ai jer siap senyum lagi..heheh
Pasang balai hidupkan dapur gas and masak jom... hah tu yang paki baju hita oren tu pakcik salleh dan yang kersongkok haji tu pulak tuan punya catering Hj Shukor my ayah mentua la tu...
Rebus tetel dulu nak buat dalca
Tumis bahan ayam masak merah pulak.
Menu hari itu adalah :
Nasi minyak kukus
Daging masak beriani
Ayam masak merah
Dalca bersama tetel
Acar nenas
Sayur goreng jawa bersama hati ayam
Tapi semuanya aku tak sempat amik gambo..nanti InsyaAllah next time if ada orang upah lagi aku belanja gambo nye yer.. hehe biasalah blogger amatur ada cerita tak ada gambar. Tu la masalah aku kekadang moments tu berlalu tanpa aku sedari tiba-tiba nak buat entri tak de gambar. Kalau ada pun dua tiga keping jer... hahahah last but not least aku memang respect kat blogger yang boleh amik gambar selari dengan cerita-cerita hingga penutup. Maksud aku bila nak buat sesuatu entri tu contohnya pergi wedding mesti ada gambar OOTD dulu kan pastu menu kat wedding tu, tempat majlis kat meja damai dalam dewan ke paling penting PENGANTIN nye gambar , pelamin dan last sekali bergambar bersama pengantin ke. Tapi kalau harapkan aku tiba-tiba ada gambar pengatin je. hahahahah.. pastu ko nak wat entri cmner. Contohnye majlis sepupu aku hari tu seronok makan ngan tengok pengantin, tengok pelamin pastu menonong balik padahal 3 jam aku kat rumah dia. Bak kata mak aku mencangguk jer..hihihi satu apa pun aku tak ambil gambar,
Ni pun dalam whatsapp family group... alahai Atie atie.... apapun Selamat Penganti Baru Ogy & Mansor. Semoga kekal bahagian hinggan ke Jannah. Amin.
Ni pula sireh junjung pengantin tu pun sebab adik aku yang buat dia hantar kat whatsapp family group. hahahahah amik gambo orang pulak.
Tapi ayah mentuaku bukan masak untuk sepupu aku, dia masakkan jiran setaman dia. hehehehe
Oklah cukup setakat ini sahaja entri kali ni, pssstttt....tadi hubby kol bagitau ayah dah bagi gaji merewang. Merewang dapat gaji Alhamdulillah rezeki anak-anak.. Terima kasih ayah..
Belanja sikitlah gambo sireh junjung ngan hantaran hasil tangan adik akak..
SIREH JUNJUNG DAN HANTARAN KAHWIN BERPISAH TIADA.
Tetiba jer.. padahal tadi tak de dalam program pun nak masukkan kan gambar ni.
Okeh dah habiss dah entri kali ni... Selamat menjamu mata bersama gambar-gambar dan yang tak seberapa ini. hehehe (gigih masa rehat kat opis update blog)
babai....
No comments:
Post a Comment