hyatt firas

hyatt firas

Wednesday, 12 March 2014

Doa untukmu MH370.



Salam penuh kehibaan....

Allahuakbar... 5 hari lepas semua sedia maklum negara kita digemparkan dengan berita sedih dimana kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines telah tiba-tiba 'lost contact' dengan Subang Air Traffic Control pada 2.40 pagi pada 8 Mac 2014.


Penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi , 8 Mac 2014 dan dijangka sampai di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama membawa 227 penumpang termasuk 12 orang anak kapal kini telah hilang..hilang entah kemana tanpa dikesan.

Sesungguhnya hati aku amat terkesan dengan berita ini tiba-tiba mood minggu ini merundum walaupun tiada sedara mara aku kat dalam flight. Hari-hari siang malam pagi petang dengar berita kat tv tu. Harap-harap MH370 tu ditemui. TATAPI sampai ke hari ini tiada berita. Kalau terhempas mana bangkainya? kalau tak terhempas xkan pulak boleh berlegar-legar kapal terbang tu kat atas selama 5 hari minyak tak habis-habis? kalau kena rampas kenapa sampai sekarang tidak ada pula yang minta duit ke apa? Wei macam-macam la yang bermain kat kotak fikiran aku ni. Macam kotak hitam dalam kapal terbang pulak.

Belum lagi aku ke office 5 hari ni bekfes,lunch semua nya MH370 kagum juga kadang-kadang keprihatinan kawan-kawan aku ni berkongsi rasa, cerita, empati tu lebih tak kurang juga sorang dua yang tak berperasaan. Boleh pulak cakap 'nak buat apa sedih-sedih bukan ada sedara kita kat flight tu'. Macam tu pun boleh????? Di mana hati nurani mu? Kemana sahaja aku pergi MH370 menjadi bualan ramai, hinggakan pagi tadi time aku bekfes ngan hubby riuh setiap meja mengemukakan hujah-hujan mereka mengenai kehilangan MH370 ini. Di rumah mak ayah tekun menunggu laporan di Awani..Tiba-tiba hati jadi bertambah sayu...

Kerajaan Malaysia giat menjalankan pencarian MH370 diam dan bisu lah kamu wahai rakyat yang tidak tahu menahu selok belok dan SOP pencarian ini. Jangan hanya duduk dan menyalahkan semua pihak dan menunjukkan kebodohan diri.



Di antara usaha yang dilakukan.


Bantuan yang dihulurkan kami terima demi menjejaki mu MH370


Bukan mudah sebenarnya wahai rakyat Malaysia!!!!! Fahamilah dan banyak-banyak berdoa, memohon, merayu, kepada Allah SWT supaya segala misteri ini terungkai dengan segera.


Jangan pula menjadi ustaz dan ustazah saat ini mentafsir segala surah dan hadis. Menghukum dan menyalahkan sesama sendiri, ini bukan masanya.

Aku dengan rendah diri penuh keinsafan memohon ke hadrat Ilahi supaya MH370 dipertemukan segera dan semua penumpang di dalamnya selamat kerana hanya diriMu sahaja yang dapat melakukan keajaiban itu ya Allah. Kepada kaum keluarga yang masih menanti berdoalah, merayulah, memintalah tanpa henti denganNya dan nantilah kepulangan mereka tanpa jemu... AMIN.

Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.


1 comment: