hyatt firas

hyatt firas

Tuesday 24 February 2015

Berkongsi kegembiraan..Tahniah Big Bro!!!



Assalamualaikum WBT

Hari ni aku nak berkongsi kegembiraan yang aku rasakan. 
Sebenarnya 5 November 2014 lepas adalah hari konvokesyen adik bongsu aku. Mungkin pada orang lain ke konvo adik beradik tu perkara biasa tapi pada aku penuh makna. 
Hanya dia yang mampu buat mak dan ayah aku berada dalam dewan dimana Majlis Konvokesyen berlangsung dan tersenyum melihat nama anaknya dipanggil untuk menerima segulung diploma InsyaAllah selepas ini segulung Ijazah dan seterusnya.


Napa lah ko gembira sangat atie? 
Sebabnya dalam kami tiga beradik ada juga yang berjaya mendapat segulung diploma. 
Yela nak harapkan aku sampai ke SPM jer ... tak dapat panggilan mana-mana IPTA pon IPTS melambak lah tapi time tu pendedahan mohon-mohon gi 'U' ni memang lah kurang.
 Mohon Politeknik pun salah, eksen terus minta program Diploma jer padahal tak layak. 
Time aku dulu nak ke Politeknik kena ada 5 credit tapi aku 4 credit je sepatutnya mohon bawah program Sijil 2 tahun pas tu boleh sambung diploma setahun jer. 
Aku pula fikir if amik sijil 2 tahun nak sambung diploma kena 3 tahun pulak so dah 5 tahun. Rasa membazir masa pula... tu yang terus mohon program diploma. 
Sekali tu terus xdapat.... kesal la juga sebab kawan-kawan yang resultnya sama dengan aku dapat je sambung belajar kat poli tu sebab dia orang amik sijil pastu sambung diploma. 
Berjaya semuanya sekarang bila jumpa... tapi itulah orang cakap rezeki. Mungkin rezeki aku tak ada kat situ ada di tempat lain.. So itulah serba sedikit sejarah permohonan kemasukan aku ke IPTA.. Nak masuk 'U' lagi lah jauhhhhh... sebab syarat nak mohon 5 credit wajib. Aku 4 credit jer.. yang dapat 6,7,8,9 credit melambak....huhuhuuh...

Adik kedua aku sampai F6 saja up sket lah dari kakaknye... tapi result SPM kita orang lebih kurang jer so macam lebih kurang sama juga lah nasibnye.heheheh.... Dia rajin sikit sebab sambung F6 tu tapi pas F6 pun hilang rajin nak sambung belajar terus jer cari kerja. So itulah sebabnya aku gembira ke Majlis Konvokesyen adik bongsu aku tu.... Jom la kita cuci2 mata melihat gambar yang sempat aku amik. Lama gila baru nak update N3 ni....huuuuaaarrrgghhhh......


ini pic adik ke 2 aku....hah melayan karenah si kecik ni...


ayah bonda tercinta


K.A.M.I

melaram memasing..




dari kecik sampai ke besor melaram.
Tahniah apek...

Habis sampai sini saje cerita konvo adik aku.... Semoga menjadi insan yang berjaya di masa akan datang. Itu harapan dan doa aku... Klise sangat ucapan ko kak.... 
heheheh....

Amin..