hyatt firas

hyatt firas

Tuesday 6 October 2015

KASIH AYAH DAN IBU


Sebenarnya terpanggil untuk menulis entry ayah ibu atau lebih mesra lagi panggilan mak ayah pada aku ni adalah disebabkan aku terima message dari group whatapps yang betul-betul wat aku 'tacing' sampai menitis air mata ni. Pastu toleh kiri kanan lap-lap sikit takut officemate nampak.. Rasa macam Ya Allah banyaknya perkara yang aku abaikan pada mak ayah aku walaupun saat ni aku rasa aku dah cuba sedaya yang mungkin untuk membahagiakan mereka. Aku kongsikan catatan ini untuk renungan kita bersama..

Renung sejenak ke dalam diri..

Pernah tak, ada dalam situasi ni?

***Bawa mak ayah gi klinik , mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar.. sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita.. 
kadang terpaksa meminjam .. 
ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.

***Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket .. 
mak ayah bayar sendiri.. 
sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.

***Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..
 dulu berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

***Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih.. 
padahal dulu kita menangis2 nak kfc 
mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja.

***Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab 
kos minyak, tol dan belanja di kampung.. 
padahal dulu nak kemana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, 
sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.

***Waktu balik kampung tak hulur wang padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit belanja.

Tak payah cakap bab memberi.. sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah... itu saya dulu.. waktu seronok, waktu senang...insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama.. tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir dua kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan... semuanya ditelan...
kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong .... sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit.. panjang berjela penerangan kita...untuk itu ini..

Persoalannya BILA????? 
Kita mampu beri balik..bukan soal wang... sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit.. 
ingat, setiap kali alasan yang kita beri.. umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk kita 'mampu' .... dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah.. ia bukan alasan untuk kita berhenti memberi pada mereka.

>>renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri 'sendiri' dan mereka yang saya sayang.... (masih banyak yang harus diperbetulkan.. janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Sekian watikah untuk hari ini... watikah yang amat menyentuh jiwa raga insan yang bernama Norhayati Isa. Kepada sesiapa yang mengarang bait-bait kata diatas sesungguhnya aku sangat berterima kasih kerana telah benar-benar menyentak hati ini untuk menjalani tanggungjawab seorang anak dengan lebih "berhati-hati" menjaga dan membelai perasaan dan kehidupan dua insan intimewa ini selagi hayat dikandung badan. Ya Allah permudahkanlah hidupku untuk memenuhi tanggungjawab ku sebagai seorang anak. Amin Ya Rabb...


Monday 5 October 2015

HAPPY NEW MOON


Assalamualaikum.

Wahhh... da bulan sepuluh la, lagi dua bulan nak abis tahun 2015
and welcoming 2016 pulak.
Kejap betul lah and memang betul lah orang cakap pejam celik pejam celik jap jer ini bermakna aku semakin matang. cewah tak nak guna perkataan tua tapi guna pekataan matang :) 

Blog aku ni terlalu kurang info hanya banyak catatan perjalanan hidup aku jer sebagai seorang mak mak mak dan isteri isteri isteri so agak boring juga ekk.. tapi InsyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa menjadi blog yang berinfo yang boleh di guna pakai dan dikongsikan bersama. Jangan dibandingkan olahan bahasa dan tatabahasa blog aku ni dengan yang lain kerana bagai langit dan bumi. hehehehe... Lebih kepada luahan cara lontaran bahasanya..hahahaha..

Sebenarnya nak share xtvt weekend lepas, bapa mertua kita kan ada amik upah masa orang kahwin. So kalau orang kawin confirmlah makan nasi minyak kan... Jemputan kali ni dalam 1200 orang so kami anak beranak jer yang bergotong royong merewang tolong ayah, selain dua orang tukang masak tetap yang ayah akan panggil if ada tempahan iaitu pacik Salleh and pakcik Man.
Sebelum proses masak memasak banyak kerja-kerja yang perlu disediakan so bahagian preparation tu mak mentua ngan anak menantu la yang merewang dari potong bawang kecik, besar, lada, kopek kentang, carrot, terung sayur - sayuran, daun-dau jangan ceritalah berjenis-jenis daun pudina la daun sup la daun bawang la... daun ketom jer xde. hihihihi...


Basuh bersih-bersih pastu potong laju-laju.. hehehe


Berbesen-besen bahan.

Wanita-wanitan ayu semua bahagian memotong yang ringan-ringan jer paling berat pon potong nenas untuk buat acar jer. Ayam 100 ekor ,daging lembu 100 kg tu tugas abang-abang sado yang hado basuh ngan siang-siang kasi bersih. Sebenarnya aku memang suka bab menyiang sayur ni or kopek bawang ni... so kasilah berapa kilo pon aku boleh wat cuma akak xmampu nak siang nenas jer dik...hehe tapi da ramai-ramai seronok juga.


Baju merah tu abang ipar ku sebelah dia yang nampak tudung je tu warna kelabu akak ipar ku akak hubby baju merah sebelah lagi tu en hubby yang berbaju putih tu pakcik man tukang masak dan yang duduk tu pulak my mak mentua la bersama anak sedara ai Khalil Irsyan anak along nombor 3. :) Semua tak nampak muka kecuali mak mentua ai jer siap senyum lagi..heheh 


Pasang balai hidupkan dapur gas and masak jom... hah tu yang paki baju hita oren tu pakcik salleh dan yang kersongkok haji tu pulak tuan punya catering Hj Shukor my ayah mentua la tu...


Rebus tetel dulu nak buat dalca


Tumis bahan ayam masak merah pulak.

Menu hari itu adalah :
 Nasi minyak kukus 
Daging masak beriani
Ayam masak merah
Dalca bersama tetel
Acar nenas
Sayur goreng jawa bersama hati ayam

Tapi semuanya aku tak sempat amik gambo..nanti InsyaAllah next time if ada orang upah lagi aku belanja gambo nye yer.. hehe biasalah blogger amatur ada cerita tak ada gambar. Tu la masalah aku kekadang moments tu berlalu tanpa aku sedari tiba-tiba nak buat entri tak de gambar. Kalau ada pun dua tiga keping jer... hahahah last but not least aku memang respect kat blogger yang boleh amik gambar selari dengan cerita-cerita hingga penutup. Maksud aku bila nak buat sesuatu entri tu contohnya pergi wedding mesti ada gambar OOTD dulu kan pastu menu kat wedding tu, tempat majlis kat meja damai dalam dewan ke paling penting PENGANTIN nye gambar , pelamin dan last sekali bergambar bersama pengantin ke. Tapi kalau harapkan aku tiba-tiba ada gambar pengatin je. hahahahah.. pastu ko nak wat entri cmner. Contohnye majlis sepupu aku hari tu seronok makan ngan tengok pengantin, tengok pelamin pastu menonong balik padahal 3 jam aku kat rumah dia. Bak kata mak aku mencangguk jer..hihihi satu apa pun aku tak ambil gambar,


Ni pun dalam whatsapp family group... alahai Atie atie.... apapun Selamat Penganti Baru Ogy & Mansor. Semoga kekal bahagian hinggan ke Jannah. Amin.


Ni pula sireh junjung pengantin tu pun sebab adik aku yang buat dia hantar kat whatsapp family group. hahahahah amik gambo orang pulak.

Tapi ayah mentuaku bukan masak untuk sepupu aku, dia masakkan jiran setaman dia. hehehehe
Oklah cukup setakat ini sahaja entri kali ni, pssstttt....tadi hubby kol bagitau ayah dah bagi gaji merewang. Merewang dapat gaji Alhamdulillah rezeki anak-anak.. Terima kasih ayah..

Belanja sikitlah gambo sireh junjung ngan hantaran hasil tangan adik akak..

SIREH JUNJUNG DAN HANTARAN KAHWIN BERPISAH TIADA.











Tetiba jer.. padahal tadi tak de dalam program pun nak masukkan kan gambar ni.
Okeh dah habiss dah entri kali ni... Selamat menjamu mata bersama gambar-gambar dan yang tak seberapa ini. hehehe (gigih masa rehat kat opis update blog)

babai....