hyatt firas

hyatt firas

Tuesday 22 December 2015

Happy holiday Firas.

Minggu cuti-cuti Malaysia ke Gold Coast Morib Banting Selangor. Nak share pengalaman ketika bercuti ke sana, kali ini bersama MAMITA ... dah lama juga merangcang nak ke sana sebulan ada kot. Yelah empat family tak semua ada masa yang sama nak berkumpul akhirnya kita orang ke sana 23-24 Oktober lepas. Oh yeee... member MAMITA ni sebenarnya isteri - isteri member hubby. So kiranya kita orang kenal sebab hubby masing kamcing so bila beraya2 tu kenal lah antara satu sama lain. If group dia org BROTHERHOOD group kita org MAMITA la..

Lama wei terperap cerita percutian 2h1m ni. heheheh. Resort ni dipilih atas sebab nak berenang2 bawa anak2 kesayangan tapi tumpang sekaki mak ayah nye yang lebih.. korang mesti nak tpt tempat dia kan... aku kalau tulis pon korang skip2 jer... alahhh tau benoo... hahahaha.. jom layan...




Hahhh...napa kita org stop kat sini ??? sebabnya sambal nasi lemak kita orang tertinggal kat kedai yang kita orang order tu.... huuuaaarrgghhh.... sebenarnya plan dari Muar nak bawa bekal so tong-tong la order nasi lemak ayam.. dan tugasan meng order Cik Intan tetapi sampai Pantai Morib baru perasan sambal tertinggal, so terjumpa pulak warung tepi jalan ni so stop utk beli sambal dia jer... :)

Pas tu sementara aku menunggu dia orang beli sambal aku selfie lah jap...


Wahhh babah and ummi kau Firas sesekali overrrr... Firas mana??? Firas beradu kat seat belakang... Jam tu dapat beli murah kat JPO (Johor Premium Outlet) ada sale kat Swatch so apa lagi sharing beli 3 pcs ada less 60% rasanya camtu. 1 lagi Cik Intan beli. Time tu gi amik kain cotto kat supplier di JB..  akak kan peniaga kain cotton.. heheheeheh


Akhirnya sampai juga destinasi yang di tuju.. Gold Coast Morib Banting Selangor. Gold Coast ni ada satu lagi yang bertempat di Melaka, baru sangat buka dalam bulan Oktober 2015 kalau tak silap lah...




Cantik view resort ni.. boleh la kan sesekali nak relieve tension seronok-seronok dengan family masa kita orang pergi ni ada promosi RM169 kalau tak selalunya RM178.


Dapat katil single so kena cantum dua la...huhuhu bantal bau busuk sangat mcm tak ganti sarung bila kol suruh tukar xdatang2 pulak housekeeping. LAst2 pakai bantal extra dlm lemari.


Ada peti ais 


Jacuzzi pon ada kira okeykan bilik dia dengan harganya. Overall ok aku suka selesa cuma sarung bantal tu jela yg spoiled.






Kita orang sampai awal so terus mandi dulu sebab bilik tak siap lagi.. ni hah sampai2 jer terus bersiap... Firas the paling excited...

Budak-budak dengan air memang tak dapat dipisahkan. Dah macam swimming pool dia dah ke sana ke mari sendiri jer tak de panggil babah and ummi dia pon... kami perati jer awak Firas.. Sampaikan uncle and aunty yang risau tgk awak...


hah sampai2 jer berendam jap pas tu terus makan. sebenarnya makanan ringan jer yang boleh bawa masuk tapi kita orang slumber jer bawa nasi lemak ayam tu.. hahahaah pandai-pandai la cover line. korang tgk anak aku ngadap umi lain. if aku nak suap haram lah di xmain2 jer bila dgn orang kemain tekun dia ngadap nasi lemak tuh.






Malam tu kita orang keluar cari kedai makan... jalan punya jalan jupa 1 warung nih... hah boleh la kan isi perut malam tu... order siakap 3 rasa , satay , sotong goreng tepung , kangkong goreng belacan untuk 4 family dalam RM200 lebih so tong-tong 1 family RM50++  siap2 makan balik resort jalan-jalan tepi pantai pulak belakang resort tu ada pantai if nak mandi pantai pun boleh. 
Aku tengok ada net bola tampar semua. Round-round sekitar resort da penat tidoooo...hehe 

nasi goreng ikan masin Firas



sedap gak satay dia. tapi aku tak ingat pulak nama kedai dia.

Kengkonon hari pertama tu main air gitu2 jer hah 2nd day amik ko aku rendam rebus tenggelam timbul celup semua ada. Dah lama aku xmandi pool n pantai ni sejak anak dara dulu lagi.. cam tua sangat je rasa kan baru anak sorak hilang rasa nak seronok-seronok tapi masa muda remaja dulu aku lah yang pertama sekali kecebohhh if jumpa air. Tak pernah fikir kulit terbako ke rentung ker janji aku happy. Time ni macam2 la aku memikir... hahahah..

Ali Atie & Firas

Amat Intan Kelly & Qaira

Firdaus Nurul Qaisara

mana gambar family cik siti ni? tak jumpa da sebab da lama sgt pic ni tersimpan kan. so wakil kan gambar si comel Sufi ni...

Add caption


cam ni lah bapak2 nyeeee....

behave kan bila ada dengan anak2..




cik atie naik dengan cik nurul pulak..

cik ct naik dengan cik intan.

hah belanja 1 pic terapung juga aku..hahah


time nak balik semua tengah memikir nak ke mana lagi.

teringin gak nak selfie cam orang lain selalu wat cam ni..
Aku lepas check out terus balik Muar jer sebab adik aku dari Terengganu ada balik kang tak jumpa pulak dia. Maklum la balik sesekali jer...huhuhu kawan-kawan yang lain terus kan perjalanan ke Melaka. So habislah cerita percutian kali nih... Ada percutian lagi ker selepas ini? InsyaAllah murah rezeki Allah izikan kita bercuti lagi yer.

Babai..