hyatt firas

hyatt firas

Tuesday 3 November 2015

Ho Chi Minh , Vietnam Nov 2013 +Feb 2014 + Januari 2015 + April 2015.

Tips melancong ke Vietnam.

Tiba-tiba jer wat entri tips ke Vietnam.. heheheh
Ko da kenapa atie?
Sebenarnya da lama aku berangan nak buat entri ala-ala cam ni..
Aku harap entri ni tak banyak sikit dapatlah membantu korang
yang 1st time nak menjejak kan kaki ke syurga membeli belah kain cotton ni.

Sebenarnya bulan Januari lepas  kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh ni.
Dalam pada sibuk-sibuk nye sempat juga ke sana.
Trip kali ni lain sikit dari trip yang lepas kerana sebelum ni aku pergi ala-ala backpack
tapi kali ni aku pergi dengan kawan-kawan opis En hubby, ber'couple' semuanya kecuali aku jer triple sebab bawa Firas sekali.

Trip kali ni juga konon2 nya aku lah travel agentnye... heheh dari tempahan tiket flight, hotel, airport transfer semua aku yang uruskan. Aku pun bukannya pandai sangat.. tapi boleh lah share2 kan
pengalaman yang ada sikit-sikit tu dan yang penting selamat pergi dan balik dan juga dapat jejak kaki kat pasar Ben Than tu. Tempat wajib pergi bagi kaki shopping and cotton lover yang sering kita dengar tu...

PERTAMANYA korang nak ke Vietnam ni kenalah beli tiket flight dulu kan... so aku memang
naik Air Asia.

 


1) Ticket/Flight

If nak murah opcoz la kena booking awal ngan AA ni ngan tunggu promosi..
3,4 bulan korang dah boleh survey-survey website diaorang.
Ada yang booking guna agent guna Wego.com dan lain-lain lagi lah...
Tapi sepanjang aku ke sana aku memang booking via website AA jer.
KLIA 2-HCM-KLIA 2 RM380-RM400 termasuk makan pergi balik-seat-luggage 20kg balik sahaja.
Anggaran macam tu la sebab harga sebenar aku tak ingat segala bukti telah dihapuskan. means
hilang and da buang kot.

Add caption

tido juga Firas ku sayang





2) Hotel

Hotel ni pon aku da siap-siap booking dari Malaysia, aku booked via Agoda 
memang setiap kali aku ke sana AGODA.COM ni la tempat aku booked.
Sebabnya aku tak berani nak walk in jer. Selalunya penuh jer hotel yang berdekatan dengan pasar
Ben Than tu. Aku cari hotel yang berdekatan sebab senang nak berangkut kain maklumlah
semua yang join trip kali ni dah beriya2 nak shopping. Kali ni dapat Hotel Thanh Long Tan Hotel lebih kurang RM80 ++ semalam. Selalunya aku stay di Saigon Pink 2, oleh kerana kali ini pergi dengan volume yang tinggi perlukan 6 bilik di Saigon Pink 2 bilik tak cukup terpaksa cari hotel lain. If dari Saigon Pink 2 600m ke pasar Ben Than dari hotel yang kami stay tu dalam 900m la masih dekat lagi cuma jauh sikittttttttt je. 

 



3) Taxi / Bus

Satu jer yang aku nak beritahu mengenai taxi kat Vietnam ni, please cari teksi VINASUN dan MAI LINH sahaja. JANGAN naik teksi-teksi sapu yang bersepah di airport ni. 
Mereka smuanya menipu sahaja. Tambang berganda-ganda janji lain nanti nak bayar lain jadinya.Vietnam dong juga diperlukan untuk tambang taxi diaorang tak nak MYR kita. 
Lagi tips supaya tak di tipu nanti lepas korang siap dengan imigresen ada eskalator turun terus keluar pintu utama kat sebelah kiri tu ada banyak taxi. Ada juga seorang penjaga macam SPAD la kot if kat Malaysia ni. Korang pergi jer kat situ dan cakap nak ke hotel mana. Lagi bagus korang print siap-siap alamat hotel yang korang booking tu sebabnya orang kat sana memang tak boleh bertutur bahasa Inggeris pon. Macam ayam itik la jawabnya nak memaham kan dia orang, nanti staff SPAD ni kononye akan panggil taxi yang beratur tu dan beritahu sekali harga.
time naik taxi Januari 2015

 DiINGATkan juga tambang taxi INNOVA tidak lebih VND200000 lebih kurang RM30-RM35 sekali perjalanan. If lebih tu maknanya korang kena tipu lah. Bus pulak keluar jer airport sebelah kanan ada bus berhenti2 kat situ tambang hanya VND1000 sahaja. If korang bawa beg peti besar tu dia akan cas korang VND1000 juga untuk beg tu. hahhhh cam tu la sikit kurang citer airport transfer yang lebih kurang mengambil masa 15-20minit. Sebelum terlupa taxi kat sini guna meter yer kawan-kawan....



1st time naik bus April 2015

kawan masa backpack ke vietnam April hari tu. Kiri Intan kanan Siti
bersama kakak ipar ku...
gambar kami bertiga

taxi Vinasun

4)Currency

3 currency yang korang boleh gunakan kat sana. VIETNAM DONG, MYR & DOLAR.
Vietnam Dong boleh guna time naik taxi. Selalunya aku tukar VND ni utk tambang taxi sahaja.
MYR memang aku bawa lebih sebab kat sini bila shopping dengan makan dia orang terima duit kita. So lagi senang nak kira, tak payah ko tanya harga pas tu nak convert kan lagi ke MYR silap-silap nak untung lagi rugi pulak. Kat pasar Ben Than and pasar malam dia orang memang fully terima MYR. 
Dolar pulak aku jarang tukar if tukar pun untuk beli makanan di Tan Son Nhat Airport tu dia orang hanya terima dolar and VND jer.

gambar tak boleh landscape. hadap jela ye.. hihi

5) Makan

Kat district 1 ni bahagian Ben Than korang jangan bimbang pasal makanan halal, memang banyak kedai or restauran halal kat sini. Cuma harga makanan agak tinggi bila di Vietnam ni. Aku pernah tanya dengan manager salah satu restaurant kat sini napa harga makanan tinggi sangat, jawapannya nak dapatkan bekalan makanan halal tu susah sebab tu harganya tinggi. Maksudnya korang nak dapat ayam cucuk memang murah tapi nak dapat ayam yang sembelih tu payah. Antara tempat makan popular rakyat Malaysia Hjh Basiroh betul-betul berhadapan dengan Hotel Saigon Pink 2 dan juga Restauran Kampung Melayu.






masa ni aku breakfast kat warong Hjh Bashiroh. mcm ni RM58. 

6)Shopping

Tempat 'menabur' duit yesss!!!!! atau nama sebenar tempat menghabiskan duit adalah di Ben Than market. Arggghhhhhh akuuu rindduuuuu sangat akan pasar itu di mana kiri kanan atas bawah nye kain kain dan kain.  Pencinta cotton sini lah lubuknya sampai tak tentu arah dibuatnya.
Bak kata Siti kawan aku menggigil badan tengok kain kat sini..
hahhh mesti korang dapat bayangkan macam mana excitednya kan pasar ni...

 First time datang aku bertiga Aku, hubby and SIL. Memang main terjah jer ni dari booking flight ticket, booking hotel online through AGODA, check in flight semua sekali lah A-Z semua benda baru. Hanya berbekal keazaman dan keinginan yang kental dan bacaan dari blog traveller aku berjaya sampai ke bumi Ho Chi Minh ini buat pertama kalinya.

Ben Than market 

Salah satu tempat wajib jejak kaki bila korang tiba Ho Chi Minh ni.
Korang bayangkan setiap kedai meriahnya kain macam ni?? ko rasa? nak gila ke nak pitam? macam-macam rasa ada lah... gambo ni aku amik dari google sebab entri da makan tahun baru nak update kan.. so paham je la terabur gambarnye kat mana.. Harga jika dibandingkan dengan kat Malaysia memang lah murah. Sepasang english cottton boleh dapat RM25 sahaja, Sutera Vietnam yang 3D tu RM55 baju ready made dalam RM35 - RM40 sepasang yang bermanik RM50 - RM55 sepasang. Paling penting kena pandai tawar menawar 605 dari harga yang dia orang letak WAJIB. Aku da jumpa gambar 1st time menjejaki kaki ke bumi Vietnam ni...yaayyyyy!!! masa tu ngan hubby and along.








Dah kepenatan memilih kain melepek dah.

Night Market

Pasar malam ni memang kat luar pasar Ben Than tu jer. Orang yang sama juga yang berniaga kat pasar malam tu. Tapi harga kebanyakan barang kat pasar malam ni macam murah sedikit dari dalam pasar Ben Than tu. 









Taka Plaza






Kali ketiga aku ke Vietnam baru lah jumpa Taka Plaza nih... sebelum ni xjumpa pun. Aku dengar jer orang bercerita. Plaza ni pada aku biasa-biasa aje best lagi pasar malam tu kalo nak bershopping.

Kat bawah ni aku belanja lah sikit gambar kenangan semasa di sana. Corat coret campur aduk heheheh senang benar kan aku update blog. nanti kalau jumpa gambar lagi akak edit lagi yer gambarnya..hihi xpe yang penting kita bahagia.

sedap oiii....

flight kejap pon sibuk order makan

biasa je rege dia... tapi mahal no..

siap!! tido plak.. hahah
paling win shopping kat sini cik Intan.



Firas sepanjang jalan dok atas ni.

siap2 nak gi airport..

kuda popular.Landmark if naik bus dari airport, jumpa kuda ni maknanya da boleh turun. Kuda Ben Than.

Cik Intan n Cik Siti


                                           

Haabiss la dah citer cik ati ke Vietnam ni...Berkurun aku rasa post Ho Chi Minh, Vietnam menjadi draft akhirnya menjadi juga post. Itu jela kot ceritera ke Vietnam kali ni.. Gambar smua bercampur aduk...dari 1st time pergi sampai ke 4th time. Niat hati memang nak asing2 tapi apakan daya.  Maafkan amatur ini. hihi.. hopefully sedikit sebanyak info ini berguna pada sesiapa yang berhajat nak ke sana. InsyaAllah...Alhamdulillah. Rindunye nak kesana lagi.... kita tunggu RM naik yer.

Babai...

No comments:

Post a Comment