hyatt firas

hyatt firas

Tuesday 4 March 2014

Apa yang berlaku ketika kita marah dan menjerit pada anak?

Salam..

Jeng...jeng...jeng.. apa sebenarnya yang berlaku? Kalau pengalaman aku, kalau Mak Safi marah jer aku terbantut la segala aktiviti aku saat tu.takuuutttt... hehehehe... (aku kan baik dolu-dolu) Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku so jom baca artikel yang aku baru jumpa ni...
Apabila kita menjerit pada anak, isyarat "takut" (yang berkalu kat kita semua) dihantar oleh telinga kecilnye ke amygdala (Amuygdala dikatakan sebagai bahagian otak yang bertanggung jawab atas keadaan tergugah yang dialami individu, kerana disitu tersimpan pengalaman emosi individu)     otak hanya dalam masa 1/12 000 saat. Dan itu hanya untuk jeritan yang pertama. Apabila kita terus-terusan menjerti dan menjerit, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stress. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.

sempat men'google' picture..
Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan hubungan mesra denganya), sistem dan otak anak kita boleh "dibetulkan" untuk berfungsi semula. Tetapi apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.

Apa yang berlaku kepada kita pulak? Apabila kita menjerit, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati dan mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.

Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan ...

Beristighfar
Tarik nafas panjang dan lepas nafas
Senaman
Senyum/ketawa
Pelukan/belaian
Solat sunat/berdoa
Bertafakkur

Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Thanks pada Ibubapa cemerlang untuk perkongsian tips ni.... 

yeaaayyy!!!

Semoga menjadi panduan bagi ummi-ummi amatur seperti ku...

Bubbyee...

No comments:

Post a Comment