hyatt firas

hyatt firas

Wednesday 19 August 2015

Udang berempah yang meletop.


Selamat pagi , tengahari dan malam puan-puan... hari ni kak tie nak share resepi udang berempah yang meletop. Meletop apa? meletop simple and sedap... hehehe perasan jer kan. tapi if x caya korang try la..haaaahhh kan....
Tengah menggila nak update resepi jer mengalahkan pandai sangat memasak. Alaaaa... aku share resepi untuk orang-orang yang amatur cam aku jer dalam bab masakan ni. Yela... very excited sebab dari zero memasak dah boleh masak sikit-sikit dan if orang datang rumah tu aku dah boleh la godek-godek kat dapur tu bagi orang makan xyah nak minta tolong mak lagi... sian mak aku sekarang tak sihat sangat. Sedihnya bila teringat kan mak.. Mak sayang mak... tiba-tiba pulak tacing..

Jom kita mula main masak-masak and campak-campak...
korang sediakan dulu bahan-bahannya yer...

Bahan-bahan

15 ekor Udang (anggaran)

4-6 biji bawang merah **

2 biji bawang putih **

1 cm halia **

2 batang serai (diketuk)

1 biji lada hijau

6 biji cili api

Daun kari

Sedikit air asam jawa (suku cawan)

Minyak untuk menumis

2 sudu besar serbuk kari daging jenama Baba's
(jenama apa pun ok tapi aku suka baba's)




Cara - caranya

Tumbuk bahan-bahan yang bertanda **

Panaskan kuali tuangkan minyak masak dan tumis bahan yang sudah di tumbuk tadi.

Masukkan serbuk kari.

Masukkan sekali serai dan daun kari. 

Nampak tak lesung batu yang kosong and ada air sikit tu? hahh... itu petua orang dulu-dulu,

baki air lesung batu tu korang masukkan sekali untuk kesedapan yang maksimum. heheheh....  aku

ikut jer kot ada betulnya bonus la kan...

Agak-agak dah garing rempahnya masukkan udang tadi dan masukkan sekali air asam jawa dan 

garam secukup rasa.

Last sekali sebiji bawang yang di mayang dengan lada hijau dan cili api tadi di masukkan dalam 

kuali gaul sebati. hehehehe....


                        





SIAP!!!


sambil telan air liur update gambar ni..



ulam pulak dengan timun.. kruk krap kruk krap....

Selamat mencuba yer gerenti jadi dan sedap.  :)











Tuesday 11 August 2015

Resepi Maggi cepat dimasak sedap dimakan.


saatakubersamanya...


saat aku bersamanya aku rajin sangat memasak eh tak delah rajin sangat tapi kerap la juga aku memasak sebab dah ada tanggungjawab kan. Setakat masak maggi aku pun rajin, kata-kata korang dalam hati kan? hihihi Ada suami ada anak, memang lah rajin kalau dulu makan dah ada orang sediakan.. balik kerja jer mak dah siap-siap masak indahnye... La ni balik kerja sila masak sendiri ye kak Atie indah juga :) 

Nak citer sikit masakan emak memang tiada tandingan nye kan tapi masakan mak aku aduhai sambal belacan pon sedap bak kata orang ibu kalau memasak memang paling sedap. Tengok badan aku yang akak sado ni pon da tau kan. huhuhu (sebenarnya tengah stress kan kenaikan berat badan yang tak nak turun-turun lepas Firas dilahirkan) so nak hilangkan stress kita karaoke dulu....

nampak tak ke'stressan' aku tu? nak hilang stress macam tambah stress pulak. hahahaha
Sambung pasal masakan emak ni... dulu selalu aku tanya mak boleh ke aku masak macam ni sedap 
sok-sok.. macam susah sangat aku bayangkan nak masak sesedap mak aku nih. Last-last bila dah kahwin selalu memasak selalu juga koling2 mak tanya resepi and cara-caranya sekarang macam dah boleh beat mak nye masakan.amboiiii.. bak kata ayah aku dah setaraf dah rasa masak ko ngan mak ko. wah kembang kempis hidung aku. Alhamdulillah janji family aku tak kelaparan sebab aku tak pandai masak. heheh...

Sebenarnya semalam mak masak kari daging, sambal belacan, ikan kering & timun. kombinasi yang sangat mengujakan insan seperti ku. Dengan pantasnya aku hasut jer En suami makan sama-sama ngan aku petang tu. So malam masak ringan-ringan aje, ringganye masak maggi tom yam la je kan....saje nak update lagi resepinye masih sama seperti entri dulu. En suami macam tak cukup jer... Firas pulak aku masakkan macaroni tomyam pecah telur sebiji..heheh pun licin...

RESEPI MAGGI TOM YAM SEDAP

2 bungkus Maggi perisa tom yam

3 keping tahu (potong dadu)

2 tangkai sawi jepun

6 tangkai cili padi (potong kecil-kecil)

1 labu bawang besar

1 biji bawang putih

2 cawan air



Lebih kurang macam kat atas tu lah bahan-bahanya.....

CARA-CARANYA

1. Tahu tu di goreng dulu tapi jangan garing sangat sebab nanti kuah maggi tu 

meresap kedalamnye...kekdahnya.

2. Angkat tahu tu tumiskan pulak bawang putih dan merah tadi. Sudah kemerah-merahan garing 

tuangkan air. Air tu jangan banyak sangat biar dia pekat-pekat sikit baru sedap, tapi terpulang juga

 selera masing-masing if nak banyak kuah boleh jer lebihkan kuahnya.

3. Masukkan perencah yang ada didalam maggi tu semuanya. Tunggu kuah mendidih masukkan

maggi , agak-agak separuh masak masukkan pula sayur dan cili yang dah di potong tadi. Siap untuk 

di makan... 


Sedap x? rupa maggi aku ni. Aiiiiii sehingga menjilat jari uooolllsssss...

Selamat mencuba kawan-kawan.

Semoga aku diberi hidayah dan keberkatan olehNya. Amin.

Monday 10 August 2015

Lauk simple yang sedap.

Assalamualaikum korang..

Yes! yes! korang sangat... ada ke tak orang yang singgah blog ni? feeling confused..
please leave a comment okey bukti ada yang sedang membaca...
burok beno perangai ko Atie.... hahaha

Haah nak share resepi lauk yang simple dimple untuk orang yang bekerja dan pada aku memang la sedap tak tahu lah kat tekak korang sedap ke tak kan... sebab aku ni tolak batu and kayu je. 2, 3 hari ni macam xberapa nak sihat.. nasib malam kelmarin En Hazli beli kan air badak and telan 2 biji panadol terus selamat.. So semalam balik kerja amik my bb boo Firas kat rmh mak lepak-lepak jap pas tu balik rumah.

Bila tanya En Hazli nak makan apa.... jawapan for sure apa-apa jelah. Tapi semalam dia request juga if larat badan tu ada ikan dalam peti ais tu suruh renjis kicap jer. haahh... mesti korang tak pernah dengar kan lauk tu.... resepi ni baru aku belajar saatakubersamanya.... hah gituuuuu...heheh
lawan nye dengan resepi ibunda aku timun masak air... hah gituuuuuu dia pulak tak pernah dengar nama lauk tu.heheheeh.....

cekidaut resepinye....

RESEPI IKAN RENJIS KICAP

IKAN KERISI / KEMBONG / CENCARU

GARAM/KUNYIT SERBUK (UNTUK MENGGORENG)

 1 BIJI LADA HIJAU

1 LABU BAWANG BESAR

KICAP LEMAK MANIS

CARA-CARANYA

1. IKAN tu korang letakkan garam dan kunyit pas tu goreng garing-garing.

2. Lada hijau dan bawang tu korang mayang atau cincang letakkan dalam pinggan.

3. Lepas ikan tu goreng garing-garing masukkan ikan tu ke dalam pinggan yang korang letak lada hijau dan bawang tadi.

4. Baki minyak yang ada dalam kuali tadi korang masukkan sekali dalam pinggan tadi bersama ikan, lada hijau dan bawang tadi.

5. Last sekali klimaksnye resepi ini kicap tadi korang renjiskan je kedalam pinggan tu.

Taaaadaaaaaaaa...............

Siap sudah.... simple sangat kan... bak kata mak aku tutup mata pon boleh masak.



macam ni la rupanya sebelum direnjis.

wajah selepas direnjis.






































Korang terus makan dengan nasi panas-panas confirm heaven.

RESEPI TIMUN MASAK AIR

1 BIJI TIMUN (WAJIB)

 1 BIJI LADA MERAH

1 LABU BAWANG BESAR

1 BIJI BAWANG PUTIH

1 HELAI DAUN KUNYIT (WAJIB)

IKAN BILIS BUAT RENCAH



CARA-CARANYA

1. Timun tu korang potong cam gambar kat atas tu

2. Lada merah tu korang patah-patahkan jer. 

3. Bawang merah dan bawang putih tu mayang - mayang.

4. Daun kunyit tu korang koyak-koyakkan.

5. Semua sekali bahan tadi masukkan dalam periuk dan isikan air dan masukkan garam dan ikan bilis.

6. Macam tu jer da siap pastu korang letak atas dapur bukak api dan didihkan. Mendidih jer terus boleh makan. 

Mudah ke senang ker apa nak cerita pasal resepi ni? Resepi masak sambil tutup mata yang kedua..Pastu tumbuk sambal belacan memang la korang makan tiga empat kali tambah tak perasan tiba-tiba nasi dalam periuk dah abis jer nak tambah.. hahahaha... En Hazli makan pon tiga kali tambah. Oklah kan bagi amatur cam aku ni. #kipidap #dongibab


bukak api biarkan mendidih...


masukkan dalam mangkuk.

Akhirnya siap lah aku share kan resepi masak sambil tutup mata ini untuk tatapan semua. Selamat mencuba kawan-kawan.. :) Responnya pasti tidak mengecewakan.(confident jer)

Bubbye..



Tuesday 4 August 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Ilahi meraikan Syawal yang mulia tahun ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yea...Hahh baru nak wat ucapan hari raya? dah Syawal ke 19 cik kak oii.... Februari ke Julai wah sibuknye ko Atie. Apa yang di sibukkan